CELEBRITY SKINCARE ROUTINE – blessyproduct

FREE SHIPPING for purchase over RM70

CELEBRITY SKINCARE ROUTINE

Perkara pertama yang kita perhatikan apabila kita bertemu dengan seorang selebriti, sudah tentu, kulit mereka.

Memandangkan mengekalkan wajah yang cantik merupakan perkara yang penting untuk mereka, kebanyakan selebriti mempunyai pakar facial, pakar estetik dan pakar dermatologi bertaraf dunia tersendiri.

Di sini kami kongsikan tips-tips yang paling bijak, melalui selebriti, untuk mengekalkan kulit pada tahap paling optimum.

1. Exfoliate, Exfoliate, Exfoliate



"Saya mulakan setiap hari dengan exfoliate muka saya," kata Christie Brinkley." Itu sesuatu yang saya lakukan selama 40 tahun yang lalu. Saya rasa ia benar-benar menyumbang kepada kulit saya berasa segar dan licin.

Exfoliate membantu meningkatkan penanggalan sel-sel kulit mati dan membuka liang tersumbat, mencegah jerawat dan membantu produk lain menyerap dengan lebih mudah. Tetapi tidak setiap muka sesuai untuk exfoliate setiap hari. Mereka yang mempunyai kulit sensitif atau keadaan kulit tertentu dinasihatkan untuk exfoliate 1-3 kali sahaja seminggu.

2. Minum air yang banyak dan tidur yang mencukupi



“Minum banyak air dan tidur yang mencukupi. Saya tahu ia cliche, tetapi saya lihat perbezaan yang ketara pada kulit saya ialah apabila saya berehat dengan baik... Itu menjadikan perbezaan terbesar untuk kulit anda bersinar," kata Lea Michele.

Minum air yang mencukupi 
membantu meningkatkan sistem penghadaman
(juga penting untuk kesihatan kulit) dan menghidratkan seluruh badan, dari dalam dan luar.

3. Makan sayur



Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam sarat dengan zinc, yang membantu melawan keradangan (dan oleh itu, jerawat). Kale, dan seumpamanya juga mengandungi zeaxanthin, antioksidan yang melindungi kulit daripada unsur-unsur.

4. Jangan stress



“Saya fikir apa sahaja yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan stress akan menjadikan kulit anda lebih glowing. Itulah jawapan nombor satu," kata Cate Blanchett.

Kajian mendapati bahawa stress boleh memberi kesan besar kepada badan, malah membawa kepada keradangan dan penuaan awal kulit.

5. Jangan gunakan terlalu banyak produk



Keeping it simple is sometimes best. Mengikut kajian pakar, hanya segelintir bahan yang telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kulit, jadi tumpukan sahaja pada bahan-bahan utama tersebut daripada menggunakan semua produk yang trending pada masa ini.

 

Ref : https://www.byrdie.com/celebrity-beauty-secrets