BAGAIMANA NAK KECILKAN PORI-PORI DI WAJAH? – blessyproduct

FREE SHIPPING for purchase over RM70

BAGAIMANA NAK KECILKAN PORI-PORI DI WAJAH?

Semakin meningkat usia, pori-pori di wajah akan lebih ketara kelihatan. Pori-pori adalah normal pada kulit wajah namun buat sesetengah orang ini akan membuatkan rasa rendah diri apabila pori-pori agak jelas kelihatan. 

Fungsi pori di wajah adalah sangat penting dalam kesihatan kulit kita. Pori membenarkan sebum dan tanpanya kulit akan kering. Ramai yang menggunakan ais batu uituk diletakkan di wajah dengan tujuan ini dapat membantu mengecilkan pori-pori. Namun kesannya adalah sementara verana apabila wajah kembali pada suhu normal, pori-pori juga akan kembali pada saiz asal.

Jadi memang tak ada solusi? Eh, mestilah ada. Walaupun pori-pori ini tak dapat nak dielakkan ianya dapat dikecilkan saiznya. Untuk kecilkan pori-pori haruslah gunakan produk yang mengandungi bahan aktif seperti retinol dan juga AHA seperti asid glikolik. Bahan ini mampu menghilangkan pori-pori dari tersumbat dan menjadikan pori-pori kelihatan lebih kecil.

blessy juga ada serum yang dihasilkan menggunakan retinol iaitu Prevent Acne & Anti Aging Serum