BAGAIMANA NAK HILANGKAN JERAWAT?
Stress la bila jerawat muncul lagi. Geram betul, macam mana nak hilangkan jerawat ni? Tiada siapa pon yang suka bila jerawat timbul. Hampir setiap orang di dénia ini mengalami masalah jerawat.
Pelbagai cara kita gunakan untuk hilangkan jerawat, tapi tak pernah selesai. Tapi tahu tak macam mana jerawat ni terjadi? Jerawat terjadi apabila liang roma di wajah tersumbat dengan minyak dan sel mati. Apabila folikel rambut atau bulu roma tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak maka terhasillah jerawat. Sebum bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit. Ini mengakibatkan terbentuknya bengkak.
Masalah jerawat biasa seperti bintik hitam dan bintik putih boleh dirawat dengan ubat yang ada di farmasi. Masalah jerawat yang sederhana atau teruk pula memerlukan rawatan dari dermatologis.
Jerawat akan tetap muncul dan tak akan boleh hilang. Namun begitu kita masih boleh mengelakkan jerawat dari kerap singgah di wajah. Caranya adalah dengan melakukan rutin penjagaan kulit 2 kali setiap hari - pagi dan malam.
Gunakan produk yang mengandungi bahan aktif seperti retinol yang dapat membuang kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan kulit baru. Elakkan dari picit jerawat kerana ianya akan meninggalkan parut yang mengambil masa agak lama untuk hilang.