ADAKAH KULIT SAYA KERING ATAU DEHIDRASI?
Ramai yang keliru dengan keadaan kulit kering dan juga kulit dehidrasi. Ianya adalah dua keadaan yang berbeza. Kulit dehidrasi selalunya terjadi bila kulit kekurangan air. Kulit boleh menjadi kering, gatal dan kelihatan kusam. Garis-garis halus juga akan lebih ketara. Ianya lebih mudah untuk dirawat dengan mengubah gaya hidup. Kulit dehidrasi boleh kelihatan kering namun ianya tidak sama dengan kulit kering.
Kulit kering pula terjadi kerana kekurangan minyak semula jadi, dipanggil sebum. Kulit kering adalah jenis kulit, manakala kulit dehidrasi dianggap sebagai keadaan kulit (skin condition).
Tanda-tanda kulit kering:
- kulit bersisik
- kulit berkeping
- kemerahan
- kerengsaan atau gatal-gatal
Kulit dehidrasi pula boleh menyebabkan:
- kegatalan
- kekusaman
- lingkaran bawah mata yang lebih gelap
- mata kuyu
- peningkatan garis halus dan kedutan di muka
Ha macam mana? Dah faham serba sedikit? Untuk masalah ini, boleh gunakan serum blessy juga tau. Kami sarankan serum yang ini: Hydrating & Soothing Skin